Total Pageviews

Tuesday, April 14, 2015

The REAL Hiker's

Pada 26 Februari Hingga 1 Mac 2015... Pengembaraan menerokai Alam ciptaan Illahi di JELAWANG WATER FALL selama 3 hari 2 malam. Jelawang Water Fall antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara dan ia nya terletak di Negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kuala Krai Kelantan.. mengikuti program anjuran pengemar aktiviti lasak dari Outdoor Sport Hikers and Advantures Club dari Sungai Buloh Selangor, Seramai 24 orang menyertai Jelawang Camp 2015 yang terdiri dari pelbagai latar belakang, kebanyakan peserta adalah para peminat aktiviti lasak antaranya Wall Climbing, Hiking, dan pelbagai lagi, Jadi tidaklah menjadi satu masalah buat Organiser untuk menerangkan berkenaan SAFETY.       PEMGEMBARAAN BERMULA :

26 Februari 2015#
* Jam 9 Malam Berkumpul di ANJ Burger Grill Sungai Buloh dan pembahagian RATION selama 3 Hari 2 Malam di edarkan

* Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan di beri tugas sepanjang program dijalankan

* Jam 1130 Malam Bergerak ke Kawasan berhimpun dan menanti Bas yang akan membawa peserta ke Destinasi yang ingin dituju.

 * 0000 Malam Para Peserta menaiki bas dan Bermulalah PEMGEMBARAAN MENEROKA DAN MENIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI..

27 Februari 2015#
*Jam 6.00 Pagi Rombongan tiba di Perhentian Gua Musang untuk para peserta Menunaikan Solat Subuh dan menikmati Sarapan Awal Pagi bagi menghilangkan penat setelah menempuh perjalanan yang agak panjang.

 *6.40 Pagi Bergerak ke destinasi seterusnya iaitu DABONG yang mengambil masa sekitar 1 Jam.
*Ketika menyusuri jalan menuju ke DABONG telah pun dapat kehijuan Flora dan keindahan Hutan serta sedikit kelibat AIR TERJUN yang terselindung disebalik pokok pokok hutan.

*7.40 Pagi Tibalah kami di kawasan yang dinamakan STESEN KERETAPI DABONG Kuala Krai, kedatangan kami disambut oleh UNCLE ADAM dan isteri, beliau merupakan salah seorang pengemar aktiviti luar pintu @ Outdoor dan merupakan salah seorang Tour Guide kami. DABONG diantara kawasan terjejas BANJIR BESAR yang melanda Negeri KELANTAN dapat dilihat dengan jelas kerosakan harta benda, serta beberapa Coach Keretapi milik KTM yang tersadai rosak akibat ditengelami banjir. Keadaan penduduk sekitar kawasan ini dilihat agak daif dimana mereka terpaksa tinggal di dalam khemah2 serta terputus sumber rezeki oleh kerana tiada lagi pelancong luar mahu pun dalam negara datang ke sana disebabkan tiada lagi perkhidmatan keretapi. Kebanyakan penduduk disana mencari rezeki dengan menjadi Pemandu Pelancong atau Tour Guide kepada mana2 pelancong yang inginkan khidmat mereka untuk menerokai kawasan sekitar.

*8.00 Pagi Kami dijemput oleh Uncle Adam untuk menikmati sarapan pagi buat kali kedua di sekitar Warung yang bersebelahan dengan Stesen Keretapi, Sambil menikmati makanan masakan Kelatan kami dihidangkan dengan pelbagai cerita menarik berkenaan Jelawang Waterfall selain dari itu juga kami di ajak melakukan CAVING TREKKING di beberapa GUA antaranya GUA KERIS, GUA IKAN DAN GUA GELAP.

*8.30 Pagi Rombangan kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu kawasan GUA. dan bermuala lah aktiviti pertama kami MENEROKAI GUA. setelah diberi sedikit taklimat dan bacaan doa rombongan kami bergerak ke Gua berdekatan yang mengambil masa sekitar 2 jam dengan melalui celahan batu dan denai. sebelum memulakan caving activity para peserta dinasihatkan menjaga tingkah laku dan menitik beratkan keselamatan. Ianya satu Pengalaman yang sangat menyeronokan.

*11.00 Pagi Setelah selesai meneroka Pelbagai Gua. Serta mendapat sedikit maklumat berkenaan gua tersebut, Rombongan kami mula bergerak ke Kawasan kaki Gunung Stong. Setibanya di sana para peserta diberi sedikit taklimat serta membuat oemeriksaan akhir sebelum memulakan pendakian. KETERUJAAN jelas terpancar di wajah kami, perasaan GEMURUH dan SEDIKIT KURANG KEYAKINAN mula timbul dikalangan peserta, namun perasaan itu dapat diatasi oleh semangat TEAM WORK. Setelah semuanya diyakini COMPLETE dan All the PARTICIPANT WELL ENOUGH.

*3.00 Petang PENDAKIAN BERMULA anggaran masa tiba ke BAHA BASE CHAMP sekitar 2 jam dan ALL THE HIKERS diminta tenang dan ENJOY trekking.
*BAG LOADING dan SAIZ super GIANT yang kami bawa mencabar ketahanan mental dan fizikal dimana permulaan melalui deretan anak2 tangga dan laluan berakar melingkari setiap susur dan sedikit bercuram. Kami melintasi deretan batu2 licin dan laluan berkayu untuk keseberang memerlukan semangat SETIA KAWAN atau WORK AS A TEAM dimana ONE FAIL ALL BE GONE.... melintasi kawasan air terjun yang tertinggi di ASIA TENGGARA kini kami TEMUI.. sesi bergambar bermula dimana setiap peserta tidak melepaskan peluang merakam setiap detik sebagai kenangan yang INDAH..
*3.30 Perjalanan diteruskan meredah hutan, memaut dahan2 bagi menampung beban yang dipikul, memerah segala kudrat yang ada bagi memuaskan apa yang di impi... Laluan sukar,curam,licin dan berbatu kami rempuh dan redah.
*4.00 Petang Berehat di station berhampiran bagi menghilang lelah dan REGENERATE tenaga yang hilang. perjalanan berbaki separuh atau lebih tidak dihiraukan.. kami meneruskan perjalanan dan ingin sampai ke destinasi sebelum hari gelap..
*5.30 Petang Tibalah Rombongan kami di BAHA CHAMP walaupun penat kami secara gotong royong mendirikan Khemah untuk kaum HAWA.. dan sebahagian memasang HAMMOCK iaitu buian tidur dan ada yang memasang FLY AND GROUND SHEET dibantu oleh UNCLE ADAM dengan teknik yang betul dan selamat.

*6.00 Petang Kumpulan pertama menjalankan tugas mereka menyediakan Hidangan makan malam. Manakala sebahagian membersihkan diri dan menyediakan unggun api. tiada sebarang aktiviti malam itu disebabkan semua PENAT dan KEKEYANGAN..hehe

*6.00 Pagi Kumpulan kedua menyediakan Sarapan pagi untuk semua peserta. kami yang masih belum dan sudah melakukan routine menikmati keindahan dan melayan FEEELING dengan berbaring sambil menanti SUNRISE.

POWER GOLD BISNES YANG DIJAMIN SELAMAT!!!


Bisnes EMAS... syarikat milik penuh BUMIPUTERA....
*MATA WANG GENERASI AKHIR ZAMAN*